Menariknya di sini ialah penyertaan dari luar negara seperti Thailand dan Indonesia yang semakin bertambah. Dikhabarkan 90 anggota Pramuka Islam Indonesia datang dari 3 kepulauan antaranya kalimantan dan Sumatera. Mereka membiayai sendiri perbelanjaan untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu di Malaysia.
Tahniah di atas kejayaan KRS Musleh. Semoga aktiviti sebegini akan menambah lagi catatan sejarah bagi pergerakan KRS di Malaysia. Bagi masa-masa akan datang, diharap KPM dapat menghantar wakil untuk menyertai perkhemahan sebegini bagi menambah pengalaman dan ilmu KRS di sekolah-sekolah biasa.