Picture
Abdul Razak bin Hj Mohd Yusoff (SP, BMS, PKT, BKT) merupakan salah seorang perwira negara daripada  pasukan Komando 69 Pasukan Gerakan Khas VAT 69/UTK. Beliau juga
merupakan satu-satunya penerima pingat Seri   Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang masih 'aktif' berkhidmat dalam PDRM setakat ini dan merupakan penerima pingat keberanian yang 'paling bongsu' dalam  pasukan tersebut.
 
Latar  belakang
 DSP G/10958 Abdul Razak dilahirkan pada 10  Februari 1963 di Batu 6, Telok Mas, Melaka dan  dibesarkan di Langgar, Alor Setar, Kedah dan merupakan  anak kepada pasangan Haji Mohd Yusoff bin Haji Salleh (bekas anggota polis  berpangkat Sarjan: 26969) dan Hajjah Bashah binti Din (surirumah). Beliau memang  amat berminat dalam Ilmu Agama/Ketuhanan serta Ilmu Persilatan Melayu. Pada  seawal usia 9 tahun lagi, beliau telah mempelajari Ilmu Persilatan Melayu &  berjaya menghafal sejumlah ayat-ayat Al-Quran serta  Hadis.

 Kerajinan beliau 'menadah kitab' dan mempelajari  agama di pondok-pondok pengajian Islam sekitar Kedah serta sikap 'neutral'nya  untuk tidak cenderung dalam mana-mana parti politik  tanahair telah menjadikan beliau seorang yang disegani dan dihormati di tempat  beliau dibesarkan (Langgar Limbong). Menurut Razak, orang yang banyak memberi
  inspirasi kepada beliau ialah guru tasawufnya sendiri  iaitu 'Abah Anom', Pengetua Pesantrean Suryalaya, Tasek Malaya Indonesia (sila  lihat Pautan Luar untuk maklumat lanjut). Beliau berjaya menamatkan pengajiannya  hingga ke peringkat STPMdi Kolej Sultan Abdul Hamid  dengan pencapaian 5P dan sekarang melanjutkan pelajaran beliau di Unversiti
Pertahanan Angkatan Tentera dalam Diploma Lanjutan - Pertahanan Strategik yang  dijangka tamat dalam bulan Jun, 2010.
 
Kerjaya dalam  PDRM
  Beliau telah memulakan kerjaya dalam PDRMpada 14/09/1986 sebagai Inspektor Percubaan di PULAPOLdan menjalani
Kursus Asas Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak. Setelah tamat latihan, beliau telah  diserapkan ke Unit 69 Komando PPH (VAT 69/UTK).  Berdasarkan minat kepada tugas yang lebih mencabar beliau dengan sukarelanya  mengikuti pemilihan awal dan seterusnya menjalani latihan Asas Unit 69 Komando  PPH, yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Beliau telah lulus dengan jayanya dan diiktiraf sebagai  anggota Komando pada 18/07/1987.

 Bagi melengkapkan kemahiran, beliau telah  menghadiri beberapa siri kursus dan latihan, antaranya ialah 
 
  1. Kursus Rappeling dan Abseiling.
  2. Kursus Asas Payung Terjun dan Para Bebas.
  3. Kursus Platun Komander, anjuran SLPPPH, Ulu  Kinta
  4. Pathfinder; anjuran PULPAK, A.T.M Sg.Udang  Melaka.
  5. Pengiring Keselamatan/Pengawal Peribadi.
  6. Counter-Terrorist Team (CTT).
  7. Kursus Menyelam Taktikal.
  8. Disaster Management di Maktab Polis Kuala Kubu  Baru.
  9. Kursus Pemusnahan Jerangkap Samar anjuran SLPGA Ulu  Kinta.
  10. Special Operations Techniques anjuran SOCPAC,U.S  Army.
  11. Bengkel Penulisan Kertas Staf anjuran Maktab Pegawai Kanan  PDRM.
  12. Bengkel Negotiation Skills anjuran Maktab Pegawai Kanan  PDRM
  13. Hostage Negotiation Skills anjuran Anti Terrorist Assistance   Program di Louisiana Police Academy, Amerika Syarikat.
  14. Kursus Critical Incident Management anjuran Anti Terrorist Assistance Program di Louisiana State Police Academy,
    A.S.
  15. Hostage and Crisis Negotiation Skills anjuran PDRM bersama    Metropolitan Police Service New Scotland Yard di Kuala
    Lumpur.
  16. Kursus Counter Maritime Interdiction, anjuran Naval Special Warfare   
      – Unit 1, US Navy SEAL.
  17. Kompeni Komander ; yang merupakan kursus tertinggi anjuran Pusat   Latihan Pasukan Gerakan Am.
  18. Kursus Incident Response for Crisis Management yang dianjurkan oleh  Maktab Pegawai Kanan Polis, Cheras.

Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam  unit 69 Komando,beliau telah ditugaskan di pelbagai squadron dan cawangan
:
1.Sepanjang bertugas dalam Unit 69 Komando, beliau  telah terlibat dengan pelbagai bentuk operasi samada di hutan belantara, di  bandar, di sempadan dan perairan negara,  antaranya:
 
Ops Subuh
 Salah satu operasi yang menaikkan nama beliau  serta imej PDRM ialah penglibatannya menumpaskan pengganas militan Al-Ma'unah pimpinan Mohammed Amin bin Razali tanpa pertumpahan darah.  Beliau yang mengetuai 20 orang anggota unit Komando 69,Pasukan  Gerakan Khas PDRM yang pada  mulanya diarahkan untuk menembak 'tear gas' ke kawasan kubu Al-Ma'unah, di hutan Sauk, Perak berjaya menyusup masuk ke kawasan kubu  musuh dan mengadakan rundingan dengan Mohammed Amin serta menyeru beliau dan  kumpulannya menyerah diri kepada kerajaan. Setelah lebih 2 jam berbincang dan
memujuk (menggunakan kelebihan ilmu agama dan ilmu ketuhanan yang ada padanya),  akhirnya Razak berjaya menyeru kumpulan Al-Ma'unah supaya  menyerah diri tanpa sebarang pertumpahan  darah.

 Penganugerahan atas  keberanian
 Atas keberaniannya dalam Ops Subuh, Razak  dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa  oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung  Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam  Shah Al Haj pada tahun 2001. Antara pingat-pingat lain yang diterima atas jasa  dan bakti beliau ialah :
  1. Pingat Seri     Pahlawan Gagah Perkasa yang  merupakan anugerah yang tertinggi     sekali dan yang paling kanan dalam senarai  keutamaan Anugerah Persekutuan.
  2. Kerajaan negeri Kedah telah menganugerahkan beliau dengan 'Darjah      Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah'.
  3. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan 'Pingat    Keberanian Terbilang'
  4. Beliau telah dianugerahkan 'Bintang Khidmat Terpuji' oleh  Kerajaan Negeri Melaka.
  5. Kenaikan Pangkat Secara Medan oleh Ketua Polis Negara pada 03/08/2000.
  6. Tidak kurang dari 30 Surat Penghargaan' dari    
    pembesar-pembesar negeri, negara dan penganjur karnival serta
    sukan.

Keluarga

 Razak adalah anak ke-5 dari lapan adik beradik  keluarga BAYU. Abang-abang  beliau iaitu Latif & Rahim, merupakan Kontraktor Bumiputra Kelas A yang  berpengalaman dan berjaya di Sabah& Selangor. Kakak ketiga dalam keluarga iaitu Sabariah merupakan seorang  pegawai kerajaan di Bangi Selangor. Roslah (anak ke-4 dalam keluarga BAYU)  adalah guru lepasan sarjana yang kini mengajar di Kemaman, Terengganu. Adik-adik  perempuan Razak iaitu Rozita (juga merupakan serorang guru lepasan Sarjana  mengajar di Puncak Alam, S'gor) dan Rohayati merupakan surirumah. Manakala adik
bongsu Razak iaitu Hisham (Regional Program Manager, di salah sebuah  multinational company) menetap di Kulim,
  Kedah.

 Beliau telah menamatkan zaman bujang beliau  dengan mencatatkan nama sebagai pengantin pertama yang terjun dari pesawat  menggunakan payungterjun ke majlis perkahwinannya dan menghadiahkan jambangan  bunga yang dibawa turun kepada isterinya Nazirah bte. Bidin, seorang guru pada  19hb. Nov. 1994. Berkat perkongsian bahagia pasangan ini telah dianugerahkan  dengan 5 orang cahayamata setakat ini




Leave a Reply.


krs, tkrs, nota krs