Tadi pagi, sempat meninjau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena Perkhemahan KRS Musleh Peringkat kebangsaan 2011 bertempat di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah. Mejar (KRS) soleh menyatakan hampir seribu lebih anggota KRS dari sekolah-sekolah Musleh, 90 orang dari Sekolah Islam terpadu Indonesia dan juga 57 orang dari Sekolah Islam Patani menghadiri program ini. Biarpun hujan melanda tetapi aktiviti tetap dijalankan seperti yang dijadualkan. Antara yang berlangsung adalah pendakian Gunung Asli oleh KRS Putera dan juga Bantu Mula serta pertandingan Tempur Tanpa Senjata bagi KRS Puteri.
Menariknya di sini ialah penyertaan dari luar negara seperti Thailand dan Indonesia yang semakin bertambah.  Dikhabarkan 90 anggota Pramuka Islam Indonesia datang dari 3 kepulauan antaranya kalimantan dan Sumatera. Mereka membiayai sendiri perbelanjaan untuk  mendapatkan pengalaman dan ilmu di Malaysia.
Tahniah di atas kejayaan KRS Musleh. Semoga aktiviti sebegini akan menambah lagi catatan sejarah bagi pergerakan KRS di Malaysia. Bagi masa-masa akan datang, diharap KPM dapat menghantar wakil untuk menyertai perkhemahan sebegini bagi menambah pengalaman dan ilmu KRS di sekolah-sekolah biasa.



Leave a Reply.


krs, tkrs, nota krs