Setelah menjadi jurulatih KRS sejak sekian lama, pelbagai peristiwa telah saya tempuhi. Pahit, manis dan ada yang penuh kelucuan. Seorang pegawai wanita KRS pernah berkata pada saya sewaktu menghadiri salah satu program kebangsaan di Negeri Sembilan.
" Tuan, kenapa pangkat dia orang Leftenan Muda 1 paku saja. Saya pulak 3 paku?", tanya pegawai tersebut. Saya terdiam sebentar.
"Tuan dapat di mana pangkat 3 paku untuk leftenan tu?", soal saya kembali. Pegawai tadi merenung saya dengan wajah penuh hairan.
"Di kedailah tuan. Saya tanya kalau Leftenan muda, biasa pangkatnya macam mana. Taukeh tu bawa keluar pangkat yang ada 3 paku. Inilah selalu orang beli", taikeh tu kata. Sayapun bayarlah", kata pegawai wanita itu lagi. Saya pula sedang keliru sama ada ada mahu ketawa atau simpati. Tapi apapun gelak dululah.
" memang taukeh tu pandai, tuan. Dia tau kalau jual yang sebenar, untungnya sikit tapi kalau jual yang 3 paku untuk kapten, untung besar".
"Oh... yang 3 paku tu kaptenlah ya. Lagi besar dari Leftenan Muda. Kena tipulah saya ni"., keluh pegawai itu.

Bagi pegawai-pegawai baru, suka saya nyatakan bahawa hirarki pangkat bagi pegawai latihan adalah seperti berikut:
Hasmah
1/29/2013 12:41:10 am

Salam... I like the story.. rata-rata guru KRS tidak diberi peluang mengikuti kursus... sebab - bajet... pakaian KRS sama ada yg no 3 @ no 4 pun main belasah je pakai sesuka hati sesedap rasa... janji hari Rabu pskai uniform... nak tegur , takut kecik hati pulsk... why not pegswai2 yg arif masukkan satu ruang di akhbar sedikit tentang KRS supaya yg buta jadi celik, yg tak tau jadi tau... semoga difikir2kan.. terima kasih.

Reply



Leave a Reply.


krs, tkrs, nota krs