Picture
Bagi entri pertama dalam Laman Blog Rasmi KRS N9, saya ingin membawa satu tajuk yang jarang diketengah sebagai pembakar semangat kepada anggota KRS. Bahan ini boleh digunakan dalam topik ketatanegaraan terutama tajuk tentang tokoh-tokoh negara.
Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atau singkatanya SP adalah pingat tertinggi yang dikurniakan oleh kerajaan kepada warganegara yang menumbangkan khidmat bakti yang tidak ternilai harganya kepada negara.

Pingat  Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)
ini adalah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan  Anugerah Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11  Ogos 1960. Anugerah ini boleh dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah  menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah  berani dan penuh pengorbanan. Anugerah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang  telah meninggal dunia. Bintang penghormatan ini berbentuk bulan sabit yang  diterapkan di atasnya dengan perkataan "Gagah Perkasa". Dalam lingkungan bulan  sabit, terdapat bintang pecah empat belas dan pencengkam yang berukir. Bintang  ini pada keseluruhannya diperbuat daripada perak yang disangkut pada reben 1  inci lebar berwarna kuning diraja dan bertepikan jalur merah seperlapan inci  lebarnya. Antara penerimanya adalah:

7/3/2023 03:07:31 am

En iyi uşak ilan sitesi burada. https://usak.escorthun.com/

Reply



Leave a Reply.


krs, tkrs, nota krs