by azida on Mon Jul  13, 2009 http://maribelajar.forumotion.com/t852-abseilling#8722 (Mohon perkongsian untuk kegunaan pelajar)

  Semasa melakukan pengembaraan atau mendaki, berkemungkinan anda akan   melalui lereng - lereng yang curam dan terpaksa melintasi sungai yang berarus   deras atau mengalami kecemasan. Kepada mereka yang berpengalaman, perkara yang   disebutkan mungkin tidak menimbulkan masalah. Bagi seorang ketua kepada   sekumpulan yang kurang pengalaman maka langkah - langkah keselamatan serta   pengendalian tali menjadi satu perkara yang sangat penting. Di antara keadaan
  yang mungkin memerlukan pengendalian tali ialah :

1.Salah seorang   mendapat kecederaan dan memerlukan tali sebagai bantuan keselamatan.

2.Melalui atau merentasi sungai yang berarus deras yang memerlukan tali   sebagai kaedah keselamatan semasa menyeberang.
3.Melalui tempat tinggi yang   licin atau ketika hujan.
4.Membantu seseorang dengan menggunakan tali untuk
  sampai kepadanya.
5.Tali sebagai tanda mendaki atau menurun.


PENGENDALIAN TALI
Sebagai seorang ketua ianya bertanggungjawab untuk   cuba menjauhi semua lereng - lereng yang curam dan sungai yang berarus deras.   Memilih perjalanan dan mengetahui keupayaan kumpulan adalah diantara perkara   yang penting. Sekiranya keadaan memaksa maka penggunaan tali adalah menjadi   tanggungjawab anda sebagai ketua untuk :

1.Memulakan dari tempat yang   selamat ketempat yang selamat.
2.Memilih orang kedua ( sekiranya ada )  untuk  memperkemaskan ikatan kepada ahli - ahli yang berikutnya.
3.Menjauhi  dari  batu - batu yang mudah jatuh, kawasan bertam, sungai yang berarus deras  dan paya  bakau.
3.Memastikan jarak di antara dirinya dengan kumpulan hanya  30 - 40  kaki.
4.Membahagikan masa yang cukup kerana pengendalian tali akan  mengambil  masa yang lama.

BELAY
Belay dilakukan adalah bertujuan  untuk memberi  bantuan perlindungan kepada pendaki daripada terjatuh terus
ketika menggunakan  tali. Caranya ialah dengan seorang belayer ( orang yang  melakukan belay )  dilindungi oleh ikatan tali kepada jangkar ( anchor point )  dan seorang lagi (  pendaki ) melakukan penurunan atau mendaki. Dengan ini jika  ianya terjatuh maka  dapatlah diselamatkan oleh orang yang menurunkannya atau  menaikkannya. Belayer adalah bertanggungjawab menahan tali sekuat - kuat  yang boleh dan  biarkan tali yang melakukannya yang lain. Sebagai seorang  belayer adalah penting  bagi anda memerhatikan perkara - perkara ini : 

1.Mempunyai kedudukan  yang cukup untuk melakukan belay yang baik 
2.Kedudukan mestilah sebaik -  baiknya selari dengan jangkar dan pendaki.  Jika tidak selari pendaki akan  terhayun ke tepi ( kekiri atau kekanan ) 
3.Boleh melihat atau dilihat oleh  kumpulan
4.Melakukan belaying  melebihi paras pinggang
5.Jauhkan tali  daripada benda - benda yang  berserakkan ( batu - batu kecil dan ranting -  ranting patah )
6.Pastikan  tali tidak melalui celah batu - batu tajam
7.Seelok - eloknya memakai sarung  tangan bagi melindungi dari  melecur.

STANCE
Stance ialah tempat  duduk orang yang melakukan belay.  Sebagai belayer, pilihlah satu kedudukan yang  terbaik sebagai tempat duduk untuk  melakukan belay. Kawasan sekitar stance  perlulah bersih dari batu - batu kecil  atau batu - batu longgar dan ranting -  ranting.

JANGKAR ( ANCHOR )
Untuk tujuan melakukan belay didalam  pengendalian tali, pemilihan paksi  jangkar (anchor point) adalah amat penting.
Pemilihannya mestilah diteliti  dengan betul agar yang dipilih itu benar - benar  kukuh dan tahan.
1.Perhatikan samada ada keretakan di bawah batu atau  disekeliling tapak  paksi jangkar
2.Bagi memastikan samada ianya tahan atau  tidak ialah dengan  cara menggoncang atau menendang ianya
3.Jika pangkal  pokok, pilih yang tidak  mudah tercabut atau yang kukuh  akarnya



Leave a Reply.


krs, tkrs, nota krs