Click to set custom HTML
|
AKTIVITI YANG DIKENDALIKAN OLEH KRS NEGERI SEMBILAN 2011
Sekretariat KRS Negeri sembilan di bawah pimpinan Mejar (KRS) Fazrul Kamat telah berjaya mengendalikan beberapa aktiviti pada peringkat kebangsaan 2011. kejayaan ini adalah hasil kerjasama padu semua jurulatih yang terlibat serta kepercayaan beberapa pihak yang memberikan sokongan kepada sekretariat mengendalikan program. Antara aktiviti peringkat kebangsaan yang berjaya dilaksanakan adalah Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan , Perkhemahan KRS Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan, Perkhemahan KRS Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Peringkat Kebangsaan.. Selian itu antara aktiviti yang telah dilaksanakan di peringkat negeri adalah Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri, Kursus Pentauliahan Pegawai Muda KRS dan pentauliahan Staf sarjan dan Sarjan KRS, Kursus Hakim Kawad Kaki Peringkat Negeri. KRS Negeri Sembilan juga telah menghantar kontinjen untuk perkhemahan KRS peringkat Kebangsaan, Kursus Kenaikan Pangkat TKRS Peringkat Kebangsaan serta Perkhemahan KRS sekolah-sekolah Agama Peringkat Kebangsaan
Sekretariat KRS Negeri Sembilan merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat melakasanakan semua aktiviti yang telah dilaksanakan. Semoaga pada tahun 2012, Sekretariat akan terus berkhidmat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk KRS Negeri dan Malaysia |