by azida on Tue Jul  14, 2009 10:38 am -http://maribelajar.forumotion.com/t853-peralatan-abseilling (mohon perkongsian untuk kegunaan pelajar) 
 
Peralatan
A. Tali
Apabila kita membincangkan   tentang pengawalan di kawasan curam, maka peralatan yang penting sekali  menjelma  ialah tali. Terdapat berbagai jenis tali yang boleh dipergunakan dan  bolehlah  dibahagikan kepada jenis - jenis berikut :

i. Nylon

Umumnya ringan  dan tidak mendap air tetapi ianya tidak mempunyai keupayaan  keanjalan ( memberi  ) dan tali jenis ini mempunyai ciri " Low Melting Point "  iaitu ia mudah panas  dan putus jika berlaku pergeseran. Ciri ini sudah tentu
membahaya sekiranya anda  membawa kumpulan melalui curam - curam. Tali jenis ini  tidak baik untuk kegunaan  mendaki tetapi baik untuk tujuan menyeberangi sungai. 

ii. Hawser Laid
Hawser Laid ini juga dikenali sebagai tali belati  ataupun manila. Umumnya di  negara kita pasaran tali jenis ini terhad kepad
diameter yang besar. Perkara ini  menjadi agak sukar kepada anda sebagai  pemimpin untuk membawa gulungan tali  tersebut sewaktu melalui kawasan - kawasan  curam. Tali ini juga mendap air.  Selalunya tali ini akan menjadi berat apabila  terkena air dan perkara ini  menyusahkan lagi perjalanan anda. Tali jenis ini  juga kasar dan sekiranya anda  menggunakan Fig. 8 ke atas tali tersebut yang  terkena pasir, maka akan berlaku  geseran yang akan merosakkan Fig. 8 itu. 

iii. Kermantle
Merupakan  tali yang menjadi " breakthro " kepada  pendaki - pendaki. Dalam bahasa Jerman  "Ker" bermaksud luaran dan "mantle"  bermaksud jalaran fiber - fiber nylon. Satu  ciri yang penting yang ada pada  tali ini ialah ia mempunyai ' Energy Absorption  Capacity ' iaitu keupayaan tali  tersebut memberi keanjalan sekiranya berlaku  bebanan ( jatuh ). Ciri ini akan
menyelamat belayer dari menghadapi bebanan dan  jerutan. Kermantle juga  mempunyai ketahanan geseran ( abbrasion resistence ).  Ianya juga mempunyai ciri  - ciri seperti ' water resistence '. Ini membantu dari  segi kemudahan anda
untuk membawanya. Ukuran standard bagi sesuatu tlai mendaki  ialah di antara 45  m hingga 50 m dengan diameternya iaitu 9 mm atau 11 mm.

Tali - tali ini  perlu mencapai tahap yang diletakkan oleh Union  International des Associations  d'Alpinisme ( U.I.A.A. ). Kekuatan minimanya  ialah 2000 kg. 

Penjagaan Tali
Elakkan daripada  digunakan  sebagai
a) ampaian
b) minyak dan asid
c) pasir
d) habuk  dan
e)  dipijak
*Selalu periksa tali sebelum membuat sesuatu aktiviti.

B.  KARABINER
Karabiner adalah alat yang penting dalam pengawalan  kawasan curam  dengan menggunakan tali. Karabiner adalah di dalam bahasa Jerman  manakala orang  Perancis memanggilnya ' mosquiton ' dan di Amerika dikenali  sebagai ' snap link  '. Umumnya ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu screwgate dan  jenis biasa (  standard ). Di bawah kedua - dua jenis ini terdapat banyak bentuk  - bentuk.  Contohnya ' twist lock ' ( clog ), oval dan offset.

Pengeluaran
karabiner ini juga perlu capai tahap yang dikenakan oleh  U.I.A.A. misalnya  kekuatan minima bagi sebuah karabiner ialah 1800 kg. Jenama -  jenama yang  terkenal dalam pengeluaran alat ini ialah seperti Clog, CAMP, DMM  dan  Edel-Weiss.

C. FIGURE OF 8
F8 juga dikenali sebagai desscender   iaitu alat yang digunakan untuk membantu seseorang menurun dengan tali di
  kawasan curam. Ianya juga digunakan sebagai 'breaking device ' kepada penurun   tersebut.

D. HARNESS
Harness adalah alatan yang dicipta khas yang   membantu seseorang itu membuat pengawalan ( belaying ) atau digunakan untuk   menurun dan naik di kawasan curam. Ianya digunakan sebagai perantaraan di  antara  badan dan tali. Harness yang baik ialah harness yang mampu menyerapkan  bebanan  sekiranya berlaku kejatuhan. Sistem harness ini juga mempunyai lapikan  ( padding  ) yang kemas di bahagian pinggang dan peha. Full harness with chess  harness +  sit harness. Di antara jenis - jenis harness yang dikeluarkan ialah  dari  syarikat - syarikat seperti Troll, CAMP dan Elde-Weiss.

E. STITCH  PLATE
Fungsi " Stitch Plate " ialah sebagai " sistem brek ". Ianya sebagai  gantian  kepada pengawalan ( Belaying ) secara klasik. Bebanan jatuh diagih  kepada sistem  ini dan belayer akan lebih selesa sekiranya ingin melakukan kerja  - kerja  menyelamat balik.

F. SLING
Sling adalah alat yang perlu  dibawa oleh  setiap pendaki. Kegunaannya yang pelbagai amat membantu ketika  kecemasan. Ukuran  ' standard ' bagi seutas sling ialah 240 cm x 25 mm. Sling  boleh direka ganti  sebagai Full Harness dengan cara:-
Full Harness = Dulfer  Seat + Parisen  Baudrier Sling juga selalu digunakan sebagai perantaraan "  thread anchor ".

G. HELMET & GLOVE
Aktiviti - aktiviti yang  melibatkan pengawalan  di kawasan curam yang berbatu amat penting untuk  digunakan helmet.

H.  ALATAN - ALATAN SAMPINGAN
Alatan yang  diperkenalkan di atas adalah peralatan  asas yang boleh digunakan dalam  pengawalan - pengawalan di kawasan curam.



Leave a Reply.


krs, tkrs, nota krs