Powered by Calendar Labs |
KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPRAL KRS DAERAH SEREMBAN 1Bertempat di Pusat Kokurikulum SMK Sri Sendayan, sedang berlangsung Kursus Kenaikan Pangkat untuk Kopral KRS bagi Daerah Seremban 1. Seramai 41 orang anggota KRS putera dan puteri sedang sibuk menjalani pelbagai ujian untuk melayakkan mereka menyandang pangkat kopral KRS.
CD BAHAN LATIHAN KRS DAN EBOOK TKRS
Bagi guru-guru atau anggota KRS yang berminat untuk mendapatkan cd bahan latihan KRS dan TKRS yang mengandungi pelbagai tajuk utama seperti ikhtiar hidup, simpulan dan ikatan, asas pertolongan cemas, perkhemahan dan sebagainya boleh menghubungi saya di talian 016 6449358 untuk tempahan dan pembelian. Saya juga telah mengeluarkan 3 buah buku aktiviti untuk kegunaan Tunas KRS. Buku-buku tersebut saya bahagikan menurut tahun iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Hubungi: 013-2071767 JADI KRS DAN BANGGALAH DENGAN KRSAnda telah memilih KRS sebagai salah satu aktiviti di sekolah. Bagi bakal-bakal huru pula dilatih menjadi bakal Pegawai KRS di institut perguruan. Anda menjalani latihan yang pelbagai. Dari kawat kaki sehinggalah bermalam di hutan. Melaksanakan pelbagai aktiviti yang tidak pernah terjangkau dek akal. Bergaya dengan unifom KRS dan tanda pangkat anda. Yang malang dan yang menyedihkan apabila anda berada di luar sekolah. Karektor anda berubah sama sekali. MENGAPA????
Apakah yang saya katakan ini adalah suatu tuduhan ataupun kenyataan???? Bagi saya yang telah sekian lama menjadi jurulatih KRS sedih apabila melihat pelajar-pelajar keluar dari sekolah dengan penuh disiplin tetapi bila berada di luar sekolah unifom yang tadniya KEMAS telah menjadi kusut masai. Kaki seluar yang dijerut dengan GUTTER telah berubah bentuknya. Yang perempuannya pula, tudung hijau telah menjadi tudung pelbagai fesyen. Anda bukan sahaja memalukan diri anda sebaliknya memalukan KRS di seluruh Malaysia. Teringat saya pada satu peristiwa sewaktu membeli belah di The Mines, Sungai Besi. Sewaktu masuk ke salah satu farmasi yang terkenal saya terserempak dengan seorang pengawal keselamatan. Sayapun tak pasti apa bangsanya. Barangkali Nepal atau Bangladesh. Kemas dan segak. Bila terlihat pada beret yang dipakai saya nak tergelak. Lencana yang dipakainya adalah lencana KRS. Siapalah tuan punya syarikat yang tak mengenal identiti atau hak milik orang lain. Tapi moralnya, mat security itu kemas dan bangga dengan apa yang dipakai. Jadi jika kita sebagai pegawai atau anggota tidak bangga dengan apa yang kita miliki, tak mungkin orang lain akan bangga dengan kita. Segalanya ebrmula dengan kita.... Fikir-fikirkan. Maniskan senyuman, kekar berdiri bersama ILMU, IMAN DAN AMAL. KHIDMAS DALAM KRS
khidmat Masyarakat adalah salah satu item yang menjadi kurikulum KRS mahupun TKRS. Pada dasarnya, khidmas memberikan pengalaman kepada anggota untuk bergaul dengan masyarakat, belajar memberi dan menerima serta menanam sikap pengasih, penyayang sesama insan. Namun yang menjadi persoalan, apakah Khidmas hanya sekadar gotong royong di sekolah sahaja? Aruah Mejar Thani Shaaban sering membawa pelajar-pelajar bergotong royong di pusara bersama penduduk setempat atau membantu dalam kenduri kendara yang akhirnya diberikan balasan lauk pauk untuk di bawa pulang. Ini jelas menunjukkan bahawa Khidmas membawa peranan penting dalam memperkenalkan KRS kepada masyarakat, membawa KRS kepada masyarakat serta memasyarakatkan pergerakan KRS itu sendiri. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika kita menyentuh soal Khidmas. Dari membersihkan serta menceriakan kelas hingga membawa kepada penulisan tentang sejarah setempat. Pelajar-pelajar boleh merancang aktiviti menceriakan kelas. Wujudkan pembahagian tugas yang sistematik kemudian laksanakan tugas dengan betul dan baik. Selepas itu, buat laporan dalam buku log tentang apa yang anda lakukan. Minta guru kelas mengesahkan apa yang anda lakukan. Atau anda boleh menetapkan satu tajuk untuk dijadikan kajian. Bukankah pelajar Tingkatan 1 hingga 3 membuat kajian tempatan. Kajian anda itu boleh dijadikan bahan untuk Khidmas. Yang penting minta pengesahan guru mata pelajaran sejarah anda. Akhir bicara untuk entri ini, kawat memanglah identiti KRS tetapi jika terlalu asyik berkawat bila masanya kita mahu menerapkan unsur-unsur kurikulum yang lain dalam jiwa anggota KRS. Tanpa penyemaian ilmu yang ditetapkan dalam kurikulum KRS ke dalam jiwa pelajar, sebenarnya kita gagal melahirkan KRS seperti yang diharapkan. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012
2011 telah meninggalkan kita bersama rentetan sejarah yang mengisi helain hari yang di bawa bersama. terlalu banyak yang ditempa oleh KRS Negeri Sembilan sepanjang 2011. Bermula dari Kursus kenaikan pangkat, pentauliahan pegawai pegawai muda KRS N9, diteruskan pula oleh perkhemahan KRS Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional kemudian KRS Sekolah Bersarama penuh, semuanya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Ini membuktikan bahawa KRS N9 mampu memikul tanggung jawab biarpun sebesar manapun. Namun bermula pada tahun 2012 ini, akan bermula perjuangan baru untuk memartabatkan Kadet Remaja Sekolah sebagai pasukan elit milik Kementerian Pelajaran Malaysia. Akan bermula cabaran-cabaran baru yang mengisi kalender bagi tahun 2012. Dikhabarkan bahawa Negeri sembilan akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan untuk tahun 2012. Maka, akan sibuklah para pegawai-pegawai dari pelbagai unit unifom membuat persediaan yang perlu dalam melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan. Apa yang penting adalah kepercayaan yang diberikan haruslah padu tanpa mempertikaikan dari mana atau siapa yang melaksanakan. Sasaran utama adalah apa yang perlu kita berikan kepada anggota-anggota serta pegawai-pegawai. Yang telah berlalu biarlah berlalu. jadikan panduan dan sempadan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pada waktu akan datang. KRS harus mara menghadapi cabaran yang akan tiba. Selamat tahun baru dan terus berkhidmat untuk KRS Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya. Ilmu, Iman dan Amal. MENINJAU AKTIVITI KRS MUSLEH
– Kursus Pra Leftenan dan Pra Kapten Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH 2011 telah diadakan pada 25-30 November 2011 yang lalu di Raudhah Camp Teluk Nipah dan Teluk Segadas Pulau Pangkor, Perak. Kursus ini telah dikendalikan oleh tiga jurulatih KRS MUSLEH Kebangsaan, Mejar KRS Abd Rahaim Md Isa, Mejar KRS Soleh Senafi dan Mejar KRS Zaini Abdul Rahman. Kursus Pra Kapten disertai lima orang peserta (2 lelaki dan 3 wanita) melibatkan kemahiran mengurus dan kaedah P&P kemahiran dalam kursus sementara Kursus Pra Leftenan disertai 15 orang peserta (6 lelaki dan 9 wanita) melibatkan kemahiran praktikal kemahiran dalam KRS MUSLEH di samping perkhemahan kembara selama tiga hari. Dalam kursus ini, semua peserta pra kapten mengambil tugas sebagai kem komandan bergilir setiap hari dan semua peserta pra leftenan mengambil tugas sebagai pasukan pengurusan setiap hari. Antara kaedah P&P yang dilatih di kalangan peserta ialah kawad, pandu arah – kompas dan peta, berkayak, alam sekitar, BaSeD (Basic Self Defence), refleksi kumpulan, program malam – Solo Camp 12 jam, XPDC Pandu Arah dari Teluk Nipah ke Bukit 1145, seterusnya Pasir Bogak, Bukit 905 dan Teluk Segadas selama 8 jam. Objektif kursus adalah untuk mengumpulkan tenaga jurulatih KRS MUSLEH seluruh Malaysia dan memantapkan latihan pengurusan program dan kaedah P&P (Pengajaran dan Pembelajaran) dalam kemahiran KRS MUSLEH. Selain itu, ia bertujuan memantapkan kefahaman tentang konsep penyerapan nilai tarbiah dalam aktiviti KRS MUSLEH di samping memantapkan kemahiran pengurusan organisasi di dalam pelaksanaan KRS MUSLEH dan melahirkan tenaga bakal jurulatih peringkat kebangsaan. RUNNING BOWLINELihat kedua-dua simpulan di atas. kedua-duanya adalah keluarga Simpulan Tindih Kasih tetapi dikenali dengan nama Running Bowline. Simpulan ini digunakan untuk membuat jerat binatang. Bahagian yang bergerak akan mencerut mangsa setelah kayu bidas terlepas dari kedudukannya.
IKATAN SERAYA JEPUNIkatan Seraya Jepun digunakan untuk menyambung dua batang kayu dalam kedudukan T. Sebaik mungkin tanggam dibuat pada bahagian kayu yang akan ditemukan bagi menggelakkan kayu bergerak selepas diikat. Selepas ikatan selesai dibuat, gunakan kayu-kayu kecil sebagai pasak bagi mengetatkan lagi ikatan yang dibuat
IKATAN SERONGSHEER LASHINGKegunaan ikatan ini adalah untuk menyambung dua batang kayu untuk digunakan sebagai tiang bendera atau sebagainya. Pasak-pasak kecil harus digunakan untuk menguatkan lagi ikatan yang dibuat- Layari Laman Blog untuk lebih banyak nota lagi atau dapatkan CD Bahan Latihan KRS di CDKRS.weebly.com
LAMAN RASMI KRS NEGERI SEMBILANMulai saat ini, KRS Negeri Sembilan akan kembali beroperasi di laman baru iaitu: http://krsn9.weebly.com. Penyediaan laman ini adalah untuk memudahkan perkongsian disamping lebih banyak bahan dapat dimuat turun untuk kegunaan penggoat KRS di Malaysia.
Laman ini dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Latihan KRS Negeri Sembilan dan merupakan suatu usaha untuk meletakkan KRS pada tempat yang sepatutnya. Negeri Sembilan antara yang teraktif melaksanakan pelbagai aktiviti KRS diharap dapat meneraju penjenamaan semula KRS sebagai Badan Berunifom Ekslusif Kementerian Pelajaran Malaysia. Laman ini juga akan mengandungi ruang muat turun yang lebih mudah untuk digunakan oleh jurulatih atau pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat atau bahan yang diperlukan. Pihak KRS Negeri Sembilan juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk artikel atau sebagainya. sebarang hasrat untuk menyalurkan maklumat bolehlah diemailkan terus kepada : [email protected]. Kepada mereka yang telah bersama melayari laman blog KRS N9 sebelum ini, diharap akan terus melayari laman kami dan terus berkongsi pengalaman dan sebagainya bersama kami. SALAM 1KRS. SALAM 1 MALAYSIA |