Tadi pagi, sempat meninjau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena Perkhemahan KRS Musleh Peringkat kebangsaan 2011 bertempat di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah. Mejar (KRS) soleh menyatakan hampir seribu lebih anggota KRS dari sekolah-sekolah Musleh, 90 orang dari Sekolah Islam terpadu Indonesia dan juga 57 orang dari Sekolah Islam Patani menghadiri program ini. Biarpun hujan melanda tetapi aktiviti tetap dijalankan seperti yang dijadualkan. Antara yang berlangsung adalah pendakian Gunung Asli oleh KRS Putera dan juga Bantu Mula serta pertandingan Tempur Tanpa Senjata bagi KRS Puteri.
Menariknya di sini ialah penyertaan dari luar negara seperti Thailand dan Indonesia yang semakin bertambah.  Dikhabarkan 90 anggota Pramuka Islam Indonesia datang dari 3 kepulauan antaranya kalimantan dan Sumatera. Mereka membiayai sendiri perbelanjaan untuk  mendapatkan pengalaman dan ilmu di Malaysia.
Tahniah di atas kejayaan KRS Musleh. Semoga aktiviti sebegini akan menambah lagi catatan sejarah bagi pergerakan KRS di Malaysia. Bagi masa-masa akan datang, diharap KPM dapat menghantar wakil untuk menyertai perkhemahan sebegini bagi menambah pengalaman dan ilmu KRS di sekolah-sekolah biasa.
 

DAHULU

  • Lambang persekutuan Tanah Melayu telah diperkenalkan dan diwartakan oleh Raja-raja  
       Melayu pada 30 Mei 1952.
  • Reka  bentuk     Lambang Persekutuan atau Jata Negara ini diusahakan oleh Jabatan Ukur menggunakan enam warna.
  • Reka  bentuk     lambang ini telah diusahakan dalam masa yang lama dan telah  dibincangkan     bersama-sama dengan Sir Henry Gurney dan Raja-raja  Melayu.

SEKARANG

  • Jata  Negara yang     ada sekarang mempunyai beberapa perubahan.
  • Lambang-lambang  bagi Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak telah diubah beberapa kali.
  • Dalam  versi baru     harimau pada Jata Negara dikemas kini pada bahagian kepala
    harimau.

 
 by azida on Tue Jul  14, 2009 10:38 am -http://maribelajar.forumotion.com/t853-peralatan-abseilling (mohon perkongsian untuk kegunaan pelajar) 
 
Peralatan
A. Tali
Apabila kita membincangkan   tentang pengawalan di kawasan curam, maka peralatan yang penting sekali  menjelma  ialah tali. Terdapat berbagai jenis tali yang boleh dipergunakan dan  bolehlah  dibahagikan kepada jenis - jenis berikut :

i. Nylon

Umumnya ringan  dan tidak mendap air tetapi ianya tidak mempunyai keupayaan  keanjalan ( memberi  ) dan tali jenis ini mempunyai ciri " Low Melting Point "  iaitu ia mudah panas  dan putus jika berlaku pergeseran. Ciri ini sudah tentu
membahaya sekiranya anda  membawa kumpulan melalui curam - curam. Tali jenis ini  tidak baik untuk kegunaan  mendaki tetapi baik untuk tujuan menyeberangi sungai. 

ii. Hawser Laid
Hawser Laid ini juga dikenali sebagai tali belati  ataupun manila. Umumnya di  negara kita pasaran tali jenis ini terhad kepad
diameter yang besar. Perkara ini  menjadi agak sukar kepada anda sebagai  pemimpin untuk membawa gulungan tali  tersebut sewaktu melalui kawasan - kawasan  curam. Tali ini juga mendap air.  Selalunya tali ini akan menjadi berat apabila  terkena air dan perkara ini  menyusahkan lagi perjalanan anda. Tali jenis ini  juga kasar dan sekiranya anda  menggunakan Fig. 8 ke atas tali tersebut yang  terkena pasir, maka akan berlaku  geseran yang akan merosakkan Fig. 8 itu. 

iii. Kermantle
Merupakan  tali yang menjadi " breakthro " kepada  pendaki - pendaki. Dalam bahasa Jerman  "Ker" bermaksud luaran dan "mantle"  bermaksud jalaran fiber - fiber nylon. Satu  ciri yang penting yang ada pada  tali ini ialah ia mempunyai ' Energy Absorption  Capacity ' iaitu keupayaan tali  tersebut memberi keanjalan sekiranya berlaku  bebanan ( jatuh ). Ciri ini akan
menyelamat belayer dari menghadapi bebanan dan  jerutan. Kermantle juga  mempunyai ketahanan geseran ( abbrasion resistence ).  Ianya juga mempunyai ciri  - ciri seperti ' water resistence '. Ini membantu dari  segi kemudahan anda
untuk membawanya. Ukuran standard bagi sesuatu tlai mendaki  ialah di antara 45  m hingga 50 m dengan diameternya iaitu 9 mm atau 11 mm.

Tali - tali ini  perlu mencapai tahap yang diletakkan oleh Union  International des Associations  d'Alpinisme ( U.I.A.A. ). Kekuatan minimanya  ialah 2000 kg. 

Penjagaan Tali
Elakkan daripada  digunakan  sebagai
a) ampaian
b) minyak dan asid
c) pasir
d) habuk  dan
e)  dipijak
*Selalu periksa tali sebelum membuat sesuatu aktiviti.

B.  KARABINER
Karabiner adalah alat yang penting dalam pengawalan  kawasan curam  dengan menggunakan tali. Karabiner adalah di dalam bahasa Jerman  manakala orang  Perancis memanggilnya ' mosquiton ' dan di Amerika dikenali  sebagai ' snap link  '. Umumnya ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu screwgate dan  jenis biasa (  standard ). Di bawah kedua - dua jenis ini terdapat banyak bentuk  - bentuk.  Contohnya ' twist lock ' ( clog ), oval dan offset.

Pengeluaran
karabiner ini juga perlu capai tahap yang dikenakan oleh  U.I.A.A. misalnya  kekuatan minima bagi sebuah karabiner ialah 1800 kg. Jenama -  jenama yang  terkenal dalam pengeluaran alat ini ialah seperti Clog, CAMP, DMM  dan  Edel-Weiss.

C. FIGURE OF 8
F8 juga dikenali sebagai desscender   iaitu alat yang digunakan untuk membantu seseorang menurun dengan tali di
  kawasan curam. Ianya juga digunakan sebagai 'breaking device ' kepada penurun   tersebut.

D. HARNESS
Harness adalah alatan yang dicipta khas yang   membantu seseorang itu membuat pengawalan ( belaying ) atau digunakan untuk   menurun dan naik di kawasan curam. Ianya digunakan sebagai perantaraan di  antara  badan dan tali. Harness yang baik ialah harness yang mampu menyerapkan  bebanan  sekiranya berlaku kejatuhan. Sistem harness ini juga mempunyai lapikan  ( padding  ) yang kemas di bahagian pinggang dan peha. Full harness with chess  harness +  sit harness. Di antara jenis - jenis harness yang dikeluarkan ialah  dari  syarikat - syarikat seperti Troll, CAMP dan Elde-Weiss.

E. STITCH  PLATE
Fungsi " Stitch Plate " ialah sebagai " sistem brek ". Ianya sebagai  gantian  kepada pengawalan ( Belaying ) secara klasik. Bebanan jatuh diagih  kepada sistem  ini dan belayer akan lebih selesa sekiranya ingin melakukan kerja  - kerja  menyelamat balik.

F. SLING
Sling adalah alat yang perlu  dibawa oleh  setiap pendaki. Kegunaannya yang pelbagai amat membantu ketika  kecemasan. Ukuran  ' standard ' bagi seutas sling ialah 240 cm x 25 mm. Sling  boleh direka ganti  sebagai Full Harness dengan cara:-
Full Harness = Dulfer  Seat + Parisen  Baudrier Sling juga selalu digunakan sebagai perantaraan "  thread anchor ".

G. HELMET & GLOVE
Aktiviti - aktiviti yang  melibatkan pengawalan  di kawasan curam yang berbatu amat penting untuk  digunakan helmet.

H.  ALATAN - ALATAN SAMPINGAN
Alatan yang  diperkenalkan di atas adalah peralatan  asas yang boleh digunakan dalam  pengawalan - pengawalan di kawasan curam.
 
  by azida on Mon Jul  13, 2009 http://maribelajar.forumotion.com/t852-abseilling#8722 (Mohon perkongsian untuk kegunaan pelajar)

  Semasa melakukan pengembaraan atau mendaki, berkemungkinan anda akan   melalui lereng - lereng yang curam dan terpaksa melintasi sungai yang berarus   deras atau mengalami kecemasan. Kepada mereka yang berpengalaman, perkara yang   disebutkan mungkin tidak menimbulkan masalah. Bagi seorang ketua kepada   sekumpulan yang kurang pengalaman maka langkah - langkah keselamatan serta   pengendalian tali menjadi satu perkara yang sangat penting. Di antara keadaan
  yang mungkin memerlukan pengendalian tali ialah :

1.Salah seorang   mendapat kecederaan dan memerlukan tali sebagai bantuan keselamatan.

2.Melalui atau merentasi sungai yang berarus deras yang memerlukan tali   sebagai kaedah keselamatan semasa menyeberang.
3.Melalui tempat tinggi yang   licin atau ketika hujan.
4.Membantu seseorang dengan menggunakan tali untuk
  sampai kepadanya.
5.Tali sebagai tanda mendaki atau menurun.


PENGENDALIAN TALI
Sebagai seorang ketua ianya bertanggungjawab untuk   cuba menjauhi semua lereng - lereng yang curam dan sungai yang berarus deras.   Memilih perjalanan dan mengetahui keupayaan kumpulan adalah diantara perkara   yang penting. Sekiranya keadaan memaksa maka penggunaan tali adalah menjadi   tanggungjawab anda sebagai ketua untuk :

1.Memulakan dari tempat yang   selamat ketempat yang selamat.
2.Memilih orang kedua ( sekiranya ada )  untuk  memperkemaskan ikatan kepada ahli - ahli yang berikutnya.
3.Menjauhi  dari  batu - batu yang mudah jatuh, kawasan bertam, sungai yang berarus deras  dan paya  bakau.
3.Memastikan jarak di antara dirinya dengan kumpulan hanya  30 - 40  kaki.
4.Membahagikan masa yang cukup kerana pengendalian tali akan  mengambil  masa yang lama.

BELAY
Belay dilakukan adalah bertujuan  untuk memberi  bantuan perlindungan kepada pendaki daripada terjatuh terus
ketika menggunakan  tali. Caranya ialah dengan seorang belayer ( orang yang  melakukan belay )  dilindungi oleh ikatan tali kepada jangkar ( anchor point )  dan seorang lagi (  pendaki ) melakukan penurunan atau mendaki. Dengan ini jika  ianya terjatuh maka  dapatlah diselamatkan oleh orang yang menurunkannya atau  menaikkannya. Belayer adalah bertanggungjawab menahan tali sekuat - kuat  yang boleh dan  biarkan tali yang melakukannya yang lain. Sebagai seorang  belayer adalah penting  bagi anda memerhatikan perkara - perkara ini : 

1.Mempunyai kedudukan  yang cukup untuk melakukan belay yang baik 
2.Kedudukan mestilah sebaik -  baiknya selari dengan jangkar dan pendaki.  Jika tidak selari pendaki akan  terhayun ke tepi ( kekiri atau kekanan ) 
3.Boleh melihat atau dilihat oleh  kumpulan
4.Melakukan belaying  melebihi paras pinggang
5.Jauhkan tali  daripada benda - benda yang  berserakkan ( batu - batu kecil dan ranting -  ranting patah )
6.Pastikan  tali tidak melalui celah batu - batu tajam
7.Seelok - eloknya memakai sarung  tangan bagi melindungi dari  melecur.

STANCE
Stance ialah tempat  duduk orang yang melakukan belay.  Sebagai belayer, pilihlah satu kedudukan yang  terbaik sebagai tempat duduk untuk  melakukan belay. Kawasan sekitar stance  perlulah bersih dari batu - batu kecil  atau batu - batu longgar dan ranting -  ranting.

JANGKAR ( ANCHOR )
Untuk tujuan melakukan belay didalam  pengendalian tali, pemilihan paksi  jangkar (anchor point) adalah amat penting.
Pemilihannya mestilah diteliti  dengan betul agar yang dipilih itu benar - benar  kukuh dan tahan.
1.Perhatikan samada ada keretakan di bawah batu atau  disekeliling tapak  paksi jangkar
2.Bagi memastikan samada ianya tahan atau  tidak ialah dengan  cara menggoncang atau menendang ianya
3.Jika pangkal  pokok, pilih yang tidak  mudah tercabut atau yang kukuh  akarnya
 
Picture
Secara amnya, semua kayak mempunyai bahagian-bahagian berikut   namun; berbeza dan segi saiz, bahan binaan dan bentuknya. Penerangan di bawah   akan menerangkan fungsi setiap bahagian yang terdapat pada sesebuah   kayak.

Bow dan Stem (Haitian dan Buritan):
Bahagian muncung hadapan   dan belakang kayak. Berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian   hadapan manakala stem ialah muncung bahagian belakang. Kedudukan kedua-dua   bahagian ini kadangkala amat mengelirukan. Oleh itu, bahagian ini boleh   ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.   Bahagian ini amat mudan rosak jika tidak dikendalikan dengan baik. Fungsi
  utamanya ialah memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah  tujuan  kayak.

Hull:
Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak, la   mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah   kayak.

Deck (Geladak Atas):
Dinding bahagian atas kayak di mana   terletaknya cockpit, la berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi
  bahagian kaki pedayung serta memudahkan kemahinan gulingan. Dek hadapan   dipanggil fbredeck manakala dek belakang dipanggil aftdeck. Sejenis tali atau   tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stem. Kegunaannya
ialah  untuk memudahkan anda mengangkat sesebuah kayak, berpaut apabila terbalik  dan  mengikatnya ke tebing.

Toggle terbahagi dua iaitu toggles yang  tenditi  daripada tali yang dilkat pada sejenis pepegang yang diperbuat daripada
kayu  atau plastik. la lebih selamatdan setesadigunakan.
 
Eng loops pula  terdiri  dari seutas gelungan tali yang tertetak dihujung bow dan stem, la murah  dan  mudah disediakan tertapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop  kayak  yang terperangkap dalam pusaran air boleh mencederakan tangan
  anda.

Cockpit:
Ruangan yang terletak ditengah-tengah kayak dan   diantara fbredeck dan aftdeck. la merupakan kawasan dimana pedayung duduk di   dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang kayak boleh ditentukan dengan melihat   kepada bahagian cockpit. Bahagian hadapannya berbentuk lebih kecil berbanding   bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula  selalunya  hampir dengan bahagian belakang cockpit.


Seat (Tempat   Duduk):Tempat duduk pedayung yang terietak di dalam cockpit, la terbahagi   kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang, tetap,   tempat duduk sederhana (untuk kegunaan rekreasi), tempat duduk ketat (untuk   kegunaan aktiviti rodeo dan arus deras) dan tempat duduk boleti laras. Tempat   duduk yang tlnggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan  kelajuan kayak tetapi rendan tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendan pula   stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang   rendati.

Coaming:Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi   cockpit. Berfungsi untuk menghalang air dan memasuki cockpit dan tempat untuk   mengikat spray cover.

Knee Brace:Terietak di bahagian bawah coaming   di bahagian foredeck. Fungsi utamanya ialah untuk menyokong lutut pedayung dan   memberikan cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. la   memudahkan kemahiran gulingan dan mengelakkan pedayung dan terkeluar apabila  terbalik. la hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom
  sahaja.

Towline/Deckllne:Tall yang diikat darihujung bow ke sisi kiri  dan kanan coaming hingga ke bahagian stem, la berfungsi sebagai tali untuk   menyelaroaf, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak   memiliki towline.

Keel:Terietak di bahagian geladak bawah kayak.   Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. la   membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak   mempunyai keel. Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai  fungsi  sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan
dilucutkan.  Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal  pergerakan  kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak  pertandingan  pecut.

Footrest:Terietak dibahagian foredeck dan  merupakan tempat  meletak kaki pedayung. la berfungsi memberikan daya cengkaman  dan sokongan  tenaga yang lebih yang dihasllkan melalui kombinasi pergerakan  tang�n, bahu,  lowerback dan kai terhadap penghasilan daya dayungan yang baik.  Selain itu ia  berfungsi sebagai alat keselamatan yang mefindungi pedayung dan  terhentak atau  meogelunsur ke hadapan akibat hentakan atau pelanggaran. Secara  umum terdapat  tiga jenis footrest iaiut:-

i. Verbentuk bar yang dipasang  pada bahagian  sisi port dan starboard kayak;
i. Bentuk pasangan pedal yang  terletak juga  di sisi port dan starboard kayak;
iii. Bentuk bulk head yang  memenuhi bongkah  rata dan memenuhi bahagian bow sesebuah  kayak.

Buoyancy (Bahan  Apungan): Bahan apungan terdapat di dalam  kayak, la terletak di bawah deck di  bahagian bow dan stem. Fungs! utamanya  ialah untuk mengapungkan kayak apabila  terbalik dan dimasuki air. Selain itu ia  juga mengukuhkan dan m�iyokong bahagian  geladak atas dan bawah. Secara amnya  terdapat tiga jenis buoyancy  iaiut:-

a. Beg Udara: Sejenis beg  yang dibuat dan kanvas dan  diletakkan di dalam kayak di bahagian bow dan stem.  Udara dipamkan ke dalamnya.  la boleh dibawa dan keluar dari kayak dengan mudah.  la mempunyai daya apungan  yang amat tinggi namun mudah bocor.

b. Foam  Gabus/Getah  Lembut):Dibuat dari jenis buih getah/plastik yang  dimampatkan. la  memiliki daya apungan yang tinggi dan menyokong bahagian  geladak atas dan bawah  dengan kuat. Namun begitu, bentuknya yang nipis  memudahkan banyak air masuk ke  dalam kayak berbanding beg udara.

c.  Polisterin:Bahan yang amat  popular digunakan dalam kayak-kayak buatan  tempatan. Harganya amat murah dan  mempunyai daya apungan yang tinggi serta  boleh menyokong bahagian geladak atas  dan bawah dengan baik. Kekurangannya adalah  rapuh dan mudah rosak.

Deck  Eye/Eye Cleat:Lubang atau besi yang  terdapat di atas geladak beriungsi untuk  mengikat towline di kawasan atas
geladak.

Eye Pit:Lubang yang  terdapat di hujung bow dan stem  sesetengah jenis kayak. Berfungsi untuk memegang  loop atau toggle yang dipasang  padanya.

Hatches:Lubang penutup yang  terdapat di tengah bahagian  foredeck. Fungsinya ialah untuk tnenyimpan peralatan  diri dan perkhemahan. Saiz  hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak  itu sendiri. la hanya  terdapat pada kayak laut.

Back Strap:Sejenis  tali dan lapisan getah  yang diikatkan pada bahagian belakang tempat duduk. La  mempunyai  betbagai-berbagai bentuk. la memberikan keselesaan kepada pedayung  untuk  menyandarkan bahagian belakang mereka sewaktu berdayung. Selain itu, ia  juga  bertindak sebagai alat keselamatan yang berfungsi melindubgu bahagian  belakang  pedayung tercedera akibat hentakan dan belakang.
Sumber:http://maribelajar.forumotion.com/t854-kayak

 
Picture
Bagi memahami maksud kayak yang sebenar, saya turunkan petikan dari Wkipedia agar anggota KRS lebih memahami tentang Kayak dan pengertiannya.
 Kayaking is the use of a kayak for moving across water.  Kayaking is  generally differentiated from canoeing by the sitting  position of the  paddler and the number of blades on the paddle. A kayak is  defined by the  International Canoe Federation (the world sanctioning body) as a  boat where the  paddler faces forward, has their legs in front of them, and uses  a double  bladed paddle. Almost all kayaks have closed decks, however, there are  many  sit-on-top kayaks, and these boats are growing in popularity. A canoe is   defined as a boat where the paddler faces forward and kneels in the boat, using   a single bladed paddle. Canoes can be closed deck or open deck.
Whitewater  kayaking  involves taking a kayak down rapids. Sea kayaking sometimes also  referred to as  Ocean Kayaking involves taking  kayaks out  on to the ocean or other open water e.g., a  lake. Sea  kayaking can involve short paddles with a return to the starting point  or  "put-in" or expeditions covering many miles and days. Kayaking of all kinds  has  continued to increase in general popularity through the 1990s and early 21st   century.

Kayaking   at Great Falls, Virginia.Kayaks are classified by their intended use. There   are six primary classifications: slalom, whitewater, surf, touring/expedition,   light touring/day tripping and general recreation. From these primary   classifications stem many sub-classes. For example, a fishing kayak is simply a   general recreation kayak outfitted with features and accessories that make it  an  easier kayak from which to fish. Also within these classifications are many   levels of performance which further separate the individual models. In other   words, not all touring kayaks handle the same.There are two major   configurations of kayaks - "sit on tops" which as the name suggests involves   sitting on top of the kayak in an open area and "cockpit style" which involves   sitting with the legs and hips inside the kayak hull and a "spray skirt" that   creates a watertight barrier around the waist. Whether a kayak is a sit-on-top   or a cockpit style has nothing to do with which classification it falls under.   Both configurations are represented in each of the five primary  classifications.  While most kayaks are designed to be paddled by a single  person, other  configurations include tandem and even triple cockpit  boats.
Because of their  range and adaptability, Kayaking is popular amongst  divers, fishers, and  adventure enthusiasts.

 
Setelah menjadi jurulatih KRS sejak sekian lama, pelbagai peristiwa telah saya tempuhi. Pahit, manis dan ada yang penuh kelucuan. Seorang pegawai wanita KRS pernah berkata pada saya sewaktu menghadiri salah satu program kebangsaan di Negeri Sembilan.
" Tuan, kenapa pangkat dia orang Leftenan Muda 1 paku saja. Saya pulak 3 paku?", tanya pegawai tersebut. Saya terdiam sebentar.
"Tuan dapat di mana pangkat 3 paku untuk leftenan tu?", soal saya kembali. Pegawai tadi merenung saya dengan wajah penuh hairan.
"Di kedailah tuan. Saya tanya kalau Leftenan muda, biasa pangkatnya macam mana. Taukeh tu bawa keluar pangkat yang ada 3 paku. Inilah selalu orang beli", taikeh tu kata. Sayapun bayarlah", kata pegawai wanita itu lagi. Saya pula sedang keliru sama ada ada mahu ketawa atau simpati. Tapi apapun gelak dululah.
" memang taukeh tu pandai, tuan. Dia tau kalau jual yang sebenar, untungnya sikit tapi kalau jual yang 3 paku untuk kapten, untung besar".
"Oh... yang 3 paku tu kaptenlah ya. Lagi besar dari Leftenan Muda. Kena tipulah saya ni"., keluh pegawai itu.

Bagi pegawai-pegawai baru, suka saya nyatakan bahawa hirarki pangkat bagi pegawai latihan adalah seperti berikut:
 
Picture
Abdul Razak bin Hj Mohd Yusoff (SP, BMS, PKT, BKT) merupakan salah seorang perwira negara daripada  pasukan Komando 69 Pasukan Gerakan Khas VAT 69/UTK. Beliau juga
merupakan satu-satunya penerima pingat Seri   Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) yang masih 'aktif' berkhidmat dalam PDRM setakat ini dan merupakan penerima pingat keberanian yang 'paling bongsu' dalam  pasukan tersebut.
 
Latar  belakang
 DSP G/10958 Abdul Razak dilahirkan pada 10  Februari 1963 di Batu 6, Telok Mas, Melaka dan  dibesarkan di Langgar, Alor Setar, Kedah dan merupakan  anak kepada pasangan Haji Mohd Yusoff bin Haji Salleh (bekas anggota polis  berpangkat Sarjan: 26969) dan Hajjah Bashah binti Din (surirumah). Beliau memang  amat berminat dalam Ilmu Agama/Ketuhanan serta Ilmu Persilatan Melayu. Pada  seawal usia 9 tahun lagi, beliau telah mempelajari Ilmu Persilatan Melayu &  berjaya menghafal sejumlah ayat-ayat Al-Quran serta  Hadis.

 Kerajinan beliau 'menadah kitab' dan mempelajari  agama di pondok-pondok pengajian Islam sekitar Kedah serta sikap 'neutral'nya  untuk tidak cenderung dalam mana-mana parti politik  tanahair telah menjadikan beliau seorang yang disegani dan dihormati di tempat  beliau dibesarkan (Langgar Limbong). Menurut Razak, orang yang banyak memberi
  inspirasi kepada beliau ialah guru tasawufnya sendiri  iaitu 'Abah Anom', Pengetua Pesantrean Suryalaya, Tasek Malaya Indonesia (sila  lihat Pautan Luar untuk maklumat lanjut). Beliau berjaya menamatkan pengajiannya  hingga ke peringkat STPMdi Kolej Sultan Abdul Hamid  dengan pencapaian 5P dan sekarang melanjutkan pelajaran beliau di Unversiti
Pertahanan Angkatan Tentera dalam Diploma Lanjutan - Pertahanan Strategik yang  dijangka tamat dalam bulan Jun, 2010.
 
Kerjaya dalam  PDRM
  Beliau telah memulakan kerjaya dalam PDRMpada 14/09/1986 sebagai Inspektor Percubaan di PULAPOLdan menjalani
Kursus Asas Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak. Setelah tamat latihan, beliau telah  diserapkan ke Unit 69 Komando PPH (VAT 69/UTK).  Berdasarkan minat kepada tugas yang lebih mencabar beliau dengan sukarelanya  mengikuti pemilihan awal dan seterusnya menjalani latihan Asas Unit 69 Komando  PPH, yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Beliau telah lulus dengan jayanya dan diiktiraf sebagai  anggota Komando pada 18/07/1987.

 Bagi melengkapkan kemahiran, beliau telah  menghadiri beberapa siri kursus dan latihan, antaranya ialah 
 
  1. Kursus Rappeling dan Abseiling.
  2. Kursus Asas Payung Terjun dan Para Bebas.
  3. Kursus Platun Komander, anjuran SLPPPH, Ulu  Kinta
  4. Pathfinder; anjuran PULPAK, A.T.M Sg.Udang  Melaka.
  5. Pengiring Keselamatan/Pengawal Peribadi.
  6. Counter-Terrorist Team (CTT).
  7. Kursus Menyelam Taktikal.
  8. Disaster Management di Maktab Polis Kuala Kubu  Baru.
  9. Kursus Pemusnahan Jerangkap Samar anjuran SLPGA Ulu  Kinta.
  10. Special Operations Techniques anjuran SOCPAC,U.S  Army.
  11. Bengkel Penulisan Kertas Staf anjuran Maktab Pegawai Kanan  PDRM.
  12. Bengkel Negotiation Skills anjuran Maktab Pegawai Kanan  PDRM
  13. Hostage Negotiation Skills anjuran Anti Terrorist Assistance   Program di Louisiana Police Academy, Amerika Syarikat.
  14. Kursus Critical Incident Management anjuran Anti Terrorist Assistance Program di Louisiana State Police Academy,
    A.S.
  15. Hostage and Crisis Negotiation Skills anjuran PDRM bersama    Metropolitan Police Service New Scotland Yard di Kuala
    Lumpur.
  16. Kursus Counter Maritime Interdiction, anjuran Naval Special Warfare   
      – Unit 1, US Navy SEAL.
  17. Kompeni Komander ; yang merupakan kursus tertinggi anjuran Pusat   Latihan Pasukan Gerakan Am.
  18. Kursus Incident Response for Crisis Management yang dianjurkan oleh  Maktab Pegawai Kanan Polis, Cheras.

Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam  unit 69 Komando,beliau telah ditugaskan di pelbagai squadron dan cawangan
:
1.Sepanjang bertugas dalam Unit 69 Komando, beliau  telah terlibat dengan pelbagai bentuk operasi samada di hutan belantara, di  bandar, di sempadan dan perairan negara,  antaranya:
 
Ops Subuh
 Salah satu operasi yang menaikkan nama beliau  serta imej PDRM ialah penglibatannya menumpaskan pengganas militan Al-Ma'unah pimpinan Mohammed Amin bin Razali tanpa pertumpahan darah.  Beliau yang mengetuai 20 orang anggota unit Komando 69,Pasukan  Gerakan Khas PDRM yang pada  mulanya diarahkan untuk menembak 'tear gas' ke kawasan kubu Al-Ma'unah, di hutan Sauk, Perak berjaya menyusup masuk ke kawasan kubu  musuh dan mengadakan rundingan dengan Mohammed Amin serta menyeru beliau dan  kumpulannya menyerah diri kepada kerajaan. Setelah lebih 2 jam berbincang dan
memujuk (menggunakan kelebihan ilmu agama dan ilmu ketuhanan yang ada padanya),  akhirnya Razak berjaya menyeru kumpulan Al-Ma'unah supaya  menyerah diri tanpa sebarang pertumpahan  darah.

 Penganugerahan atas  keberanian
 Atas keberaniannya dalam Ops Subuh, Razak  dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa  oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung  Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam  Shah Al Haj pada tahun 2001. Antara pingat-pingat lain yang diterima atas jasa  dan bakti beliau ialah :
  1. Pingat Seri     Pahlawan Gagah Perkasa yang  merupakan anugerah yang tertinggi     sekali dan yang paling kanan dalam senarai  keutamaan Anugerah Persekutuan.
  2. Kerajaan negeri Kedah telah menganugerahkan beliau dengan 'Darjah      Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah'.
  3. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan 'Pingat    Keberanian Terbilang'
  4. Beliau telah dianugerahkan 'Bintang Khidmat Terpuji' oleh  Kerajaan Negeri Melaka.
  5. Kenaikan Pangkat Secara Medan oleh Ketua Polis Negara pada 03/08/2000.
  6. Tidak kurang dari 30 Surat Penghargaan' dari    
    pembesar-pembesar negeri, negara dan penganjur karnival serta
    sukan.

Keluarga

 Razak adalah anak ke-5 dari lapan adik beradik  keluarga BAYU. Abang-abang  beliau iaitu Latif & Rahim, merupakan Kontraktor Bumiputra Kelas A yang  berpengalaman dan berjaya di Sabah& Selangor. Kakak ketiga dalam keluarga iaitu Sabariah merupakan seorang  pegawai kerajaan di Bangi Selangor. Roslah (anak ke-4 dalam keluarga BAYU)  adalah guru lepasan sarjana yang kini mengajar di Kemaman, Terengganu. Adik-adik  perempuan Razak iaitu Rozita (juga merupakan serorang guru lepasan Sarjana  mengajar di Puncak Alam, S'gor) dan Rohayati merupakan surirumah. Manakala adik
bongsu Razak iaitu Hisham (Regional Program Manager, di salah sebuah  multinational company) menetap di Kulim,
  Kedah.

 Beliau telah menamatkan zaman bujang beliau  dengan mencatatkan nama sebagai pengantin pertama yang terjun dari pesawat  menggunakan payungterjun ke majlis perkahwinannya dan menghadiahkan jambangan  bunga yang dibawa turun kepada isterinya Nazirah bte. Bidin, seorang guru pada  19hb. Nov. 1994. Berkat perkongsian bahagia pasangan ini telah dianugerahkan  dengan 5 orang cahayamata setakat ini

 
Picture
Bagi entri pertama dalam Laman Blog Rasmi KRS N9, saya ingin membawa satu tajuk yang jarang diketengah sebagai pembakar semangat kepada anggota KRS. Bahan ini boleh digunakan dalam topik ketatanegaraan terutama tajuk tentang tokoh-tokoh negara.
Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atau singkatanya SP adalah pingat tertinggi yang dikurniakan oleh kerajaan kepada warganegara yang menumbangkan khidmat bakti yang tidak ternilai harganya kepada negara.

Pingat  Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)
ini adalah yang tertinggi sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan  Anugerah Persekutuan. Ia dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11  Ogos 1960. Anugerah ini boleh dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah  menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah  berani dan penuh pengorbanan. Anugerah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang  telah meninggal dunia. Bintang penghormatan ini berbentuk bulan sabit yang  diterapkan di atasnya dengan perkataan "Gagah Perkasa". Dalam lingkungan bulan  sabit, terdapat bintang pecah empat belas dan pencengkam yang berukir. Bintang  ini pada keseluruhannya diperbuat daripada perak yang disangkut pada reben 1  inci lebar berwarna kuning diraja dan bertepikan jalur merah seperlapan inci  lebarnya. Antara penerimanya adalah:

 
This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.

krs, tkrs, nota krs